Skip to main content
Berita TimurBerita TempatanTerengganu

Kerajaan Komited Perkukuh Sokongan Kepada Wanita Dan Keluarga

By 20 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatihayatul Sadi/Shawani Kamil (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 20 Mei (MalaysiaAktif) – Kerajaan terus komited memperkukuh sokongan kepada wanita dan keluarga melalui pendekatan menyeluruh, inklusif serta berteraskan kesejahteraan keluarga selaras dengan aspirasi Dasar KASIH Keluarga Negara (DKKN).

Timbalan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Juwairiya Zulkifli berkata pihaknya mengetengahkan Program Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Infertiliti (BuAI) dengan slogan “Lebih Awal, Lebih Baik” bagi membantu pasangan mendapatkan pembiayaan rawatan kesuburan yang dijangka memanfaatkan kira-kira 2,200 pasangan di negeri ini.

“LPPKN turut memperkenalkan Pakej Seteguh KASIH Ibu merangkumi Pakej Sayang Ibu, Pakej Bonding KASIH Ibu dan Pakej Minda Tenang yang memberi fokus kepada kesihatan, kesejahteraan emosi serta sokongan mental para ibu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari Ibu 2026 Peringkat Negeri Terengganu bertemakan “Seteguh KASIH Ibu” yang dihadiri kira-kira 400 peserta, di sini hari ini.

Juwairiya berkata ibu memainkan peranan penting dalam membina generasi yang berdaya tahan serta berakhlak.

“Ibu merupakan tunjang utama dalam membina generasi berdaya tahan dan berakhlak. ‘Seteguh KASIH Ibu’ bukan sekadar tema sambutan, tetapi simbol penghargaan terhadap kasih sayang dan pengorbanan ibu yang kekal menjadi nadi kesejahteraan masyarakat serta negara,” katanya.

Pada majlis sama, LPPKN Negeri Terengganu turut memperkenalkan Penghargaan Inspirasi Ibu 2026 Negeri Terengganu bagi menghargai wanita yang berjuang mendapatkan zuriat serta menjadi inspirasi kepada pasangan lain yang menjalani rawatan subfertiliti.

-RI

 

Tinggalkan komen anda