Skip to main content
Berita TempatanKISSarawak

KIS Tingkat Kesedaran Kelematan Siber Pelajar SMK Seri Patiambun

By 8 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sumardi Sugiman/Daniel Parang/Randy Achang William (Limbang)

LIMBANG, 8 Mei (MalaysiaAktif) – Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Patiambun, di sini menerima pendedahan holistik terhadap keselamatan internet menerusi Program Kepimpinan Pelajar dan Kempen Internet Selamat (KIS), semalam.

Pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Patiambun Nurlina Ebinli berkata KIS yang dianjurkan pihaknya bersama pengurusan sekolah memberi faedah besar kepada pelajar dengan meningkatkan kesedaran peserta tentang risiko siber, etika digital dan perlindungan peribadi.

“KIS ini melengkapkan pelajar SMK Seri Patiambun dengan ilmu mengenal pasti buli siber, penipuan dan jejak digital sekali gus membentuk persekitaran dalam talian yang lebih selamat dan bertanggungjawab.

“Peserta program ini juga berpeluang untuk mengenal pasti tingkah laku buli siber dan mengetahui cara melaporkan kejadian tersebut sekali gus membantu melindungi diri dan rakan-rakan,” katanya, di sini semalam.

Beliau berkata pelajar turut didedahkan kepada ancaman penipuan dalam talian dan pancingan data (phishing) yang boleh mengakibatkan kerugian kewangan serta kecurian maklumat peribadi.

“Menerusi KIS ini, pelajar didedahkan kepada bahaya penipuan dan pancingan data (phishing) yang boleh mengakibatkan kerugian kewangan atau kecurian data peribadi.

“Seterusnya pelajar dapat memahami impak jangka panjang jejak digital dan kepentingan menjaga privasi maklumat diri,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda