Skip to main content
Berita TempatanSarawak

1,000 Peserta Sertai Niti Daun Gawai Dayak, Kukuh Perpaduan Kaum

By 13 Jun 2026Jun 15th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rick Anderson Rini (Simunjan)/JAPEN

SIMUNJAN, 13 Jun (MalaysiaAktif) – Program Niti Daun Gawai Dayak Edisi Ke-2 Daerah Simunjan 2026 berlangsung meriah dengan penyertaan kira-kira 1,000 peserta yang menampilkan kepelbagaian warisan budaya masyarakat Dayak di daerah ini.

Program sempena sambutan Hari Gawai Dayak itu telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee, hari ini.

Acara kemuncak program ialah perarakan kebudayaan yang disertai kira-kira 1,000 peserta daripada 30 kontinjen, bermula dari Padang Sentral Simunjan sebelum mengelilingi Pekan Simunjan dan berakhir di Dewan Mesra Simunjan.

Para peserta tampil dengan pakaian tradisional berwarna-warni sambil memperagakan keunikan budaya masing-masing yang menjadi tarikan utama pengunjung.

Selain perarakan, program turut diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan aktiviti tradisional yang menonjolkan keunikan warisan masyarakat Dayak di kawasan tersebut.

Rodiyah berkata penganjuran program seperti itu penting dalam memastikan warisan budaya masyarakat Dayak terus dipelihara dan diwarisi oleh generasi akan datang.

“Program ini bukan sahaja menampilkan kekayaan budaya masyarakat Dayak, malah menjadi ruang untuk memperkenalkan adat dan tradisi kepada generasi muda agar ia terus kekal relevan,” katanya.

Beliau berkata, usaha penganjuran program berterusan mampu mengangkat identiti budaya masyarakat setempat sebagai khazanah yang perlu dihargai.

-RJ-

Tinggalkan komen anda