Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

JIWA@Komuniti MADANI Sembang Santai Edisi Piala Dunia 2026 Platform Mendekati Masyarakat Endau

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syamilah Yusman/Mohd Zahid Othman (Johor)

MERSING, 24 Jun (MalaysiaAktif) – Program JIWA@Komuniti MADANI Sembang Santai Edisi Piala Dunia 2026 menjadi platform untuk mendekati masyarakat serta menyampaikan maklumat berkaitan dasar dan inisiatif kerajaan.

Setiausaha Politik Menteri Komunikasi Abdullah Izhar Mohamed Yusof berkata program tersebut diadakan sempena siaran eksklusif Piala Dunia FIFA 2026 oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Ini adalah usaha Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dan Komuniti MADANI untuk merapatkan hubungan dengan masyarakat melalui sesi perkongsian maklumat secara santai dan bersemuka,” katanya ketika ditemui di Warung Dapur Bonda Ratu 6, Endau, di sini semalam.

Program Jiwa MADANI turut mengadakan Ziarah Kasih dengan menyampaikan bantuan peralatan kesihatan dan keperluan asas kepada penerima yang memerlukan.

Beliau berkata JAPEN turut memperkenalkan JAPEN Arena Penggerak Komuniti (JAGO) iaitu aset komunikasi bergerak yang dilengkapi peralatan moden bagi memudahkan pelaksanaan program penerangan di kawasan komuniti.

Menurut Abdullah Izhar, selain tayangan Piala Dunia, Program Jiwa MADANI turut melaksanakan Ziarah Kasih dengan menyampaikan sumbangan peralatan kesihatan dan keperluan asas kepada tiga penerima yang menghidap pelbagai masalah kesihatan.

“Saya berharap Program Ziarah Kasih dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memperkukuh hubungan antara JAPEN, Komuniti MADANI dan masyarakat setempat,” katanya.

Turut hadir Pengarah Penerangan Negeri Johor Mohd Rizal Hashim dan Pegawai Penerangan Daerah Mersing Asandi Azizan.

-RI

Tinggalkan komen anda