
Laporan/foto: Salleh Immun (Mukah)/IPD Mukah
MUKAH, 5 Jun (MalaysiaAktif) – Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana terlibat dalam kegiatan penagihan dadah di Kampung Jebungan, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata pemeriksaan awal terhadap lelaki berusia 31 tahun itu tidak menemukan apa-apa bahan yang menyalahi undang-undang.
“Namun, dia didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine hasil ujian air kencing.
“Penganggur dengan lima rekod lampau berkait dadah itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.
-FN





