Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Marudi Classic 2.0 Tarik 148 Pelumba Dalam dan Luar Negara

By 3 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Hafiz Jonidi (Marudi)

MARUDI, 22 Jun (MalaysiaAktif) – Perlumbaan Marudi Classic 2.0 berjaya menghimpunkan seramai 148 pelumba basikal dari Malaysia dan Brunei Darussalam semalam.

Sebanyak lima kategori utama telah dipertandingkan dalam kejohanan kayuhan berkenaan yang menyaksikan para pelumba melalui laluan di persimpangan Rumah Sator sebelum berpatah balik ke pekan Marudi.

Pegawai Daerah Marudi, Rose Edward Tarang menyifatkan penganjuran kejohanan ini bukan sekadar medan persaingan sukan semata-mata.

“Ia menjadi platform untuk mempromosikan keindahan alam semula jadi, warisan budaya dan potensi pelancongan Daerah Marudi kepada peserta serta pengunjung dari dalam dan luar negara,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Rose, acara ini menggalakkan amalan gaya hidup sihat selain menjadi medium memperkenalkan keunikan daerah kepada orang ramai.

-RJ-

Tinggalkan komen anda