Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Selangor Salur RM30 Juta Menerusi Baucar Kita Selangor

By 3 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Petaling)/Ahmad Thaqif Iman

SHAH ALAM, 22 Jun (MalaysiaAktif) – Kerajaan negeri Selangor memperuntukan RM30 juta untuk Baucar Kita Selangor ebagai langkah segera melindungi rakyat daripada kesan krisis bekalan global dan peningkatan kos sara hidup.

Pelancaran inisiatif tersebut merupakan susulan kepada Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang dibentangkan dalam persidangan Dewan Negeri Selangor pada Jumaat lalu.

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata seramai 50,000 keluarga bakal menerima bantuan RM100 sebulan selama enam bulan bagi mengurangkan beban kenaikan harga barangan keperluan harian.

“Senarai penerima akan dikenal pasti daripada pemohon bantuan kerajaan negeri yang masih belum menerima manfaat termasuk menerusi program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).

“Proses penyelarasan turut dilaksanakan bersama agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, ibu tunggal yang bekerja dengan pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah turut diberi peluang memohon bantuan melalui portal sama.

-AA-

Tinggalkan komen anda