Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

PERKESO Perkenal Skim Lindung 24 Jam Lindungi Pekerja Sepanjang Masa

By 13 Jun 2026Jun 15th, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norsaedah Haron (Kluang)

KLUANG, 13 Jun (MalaysiaAktif) – Skim Lindung 24 Jam yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memberi perlindungan lebih menyeluruh kepada pekerja termasuk di luar waktu bekerja.

Skim baharu itu diperkenalkan bagi melindungi pekerja daripada sebarang kemalangan dan kecederaan yang berlaku di luar waktu bekerja, sekali gus memperkukuh jaringan keselamatan sosial kepada pencarum.

Wakil PERKESO Kluang, Mahadi Ismail berkata, Skim Lindung 24 Jam merupakan inisiatif baharu yang memberi perlindungan kepada pekerja daripada risiko kemalangan dan kecederaan pada bila-bila masa.

“Skim Lindung 24 Jam merupakan skim baharu yang diperkenalkan bagi melindungi pekerja daripada sebarang kemalangan dan kecederaan di luar waktu bekerja,” katanya pada Program JIWA @ Komuniti MADANI di sini.

Ketua Komuniti MADANI Chendana Daisy, Faridah Jaini berkata program tersebut membantu meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai manfaat perlindungan yang disediakan oleh PERKESO.

“Ramai yang tidak tahu tentang skim baharu yang diperkenalkan oleh PERKESO dan program seumpama ini merupakan salah satu platform yang bagus untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat setempat,” katanya.

PERKESO turut berkongsi contoh kes berkaitan bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya sebagai antara gambaran manfaat perlindungan yang disediakan kepada pencarum.

-AA-

Tinggalkan komen anda