Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

PRN Johor: 11,926 Pegawai, Anggota Polis Untuk Kawal Keselamatan

By 10 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ezwana Adnan/Facebook Polis Johor (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 18 Jun (MalaysiaAktif) – Polis akan menugaskan seramai 11,926 terdiri daripada pegawai, anggota dan pegawai awam bagi mengawal ketenteraman sepanjang Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-16.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata kekuatan itu juga akan diperkukuh menerusi bantuan 5,763 pegawai dan anggota tambahan dari unit keselamatan yang lain.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya merangka penugasan keselamatan komprehensif yang dibahagikan kepada lima fasa utama merangkumi Fasa Pra-Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Tempoh Berkempen, Hari Pengundian dan Pasca Pilihan Raya.

“Bagi fasa pertama, tumpuan diberikan kepada pengumpulan risikan dan mengenal pasti kawasan berisiko, manakala fasa kedua pada 27 Jun melibatkan kawalan trafik serta keselamatan di pusat penamaan calon dengan kekuatan 4,832 pegawai dan anggota,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Menurut Ab Rahaman, fasa ketiga iaitu tempoh berkempen bermula 27 Jun hingga 10 Julai akan dipantau rapi oleh 3,903 pegawai dan anggota bagi membanteras sebarang bentuk provokasi, berita palsu atau isu berkaitan agama, raja dan kaum (3R).

Tambahnya, fasa keempat pada Hari Pengundian 11 Julai melibatkan pergerakan 11,814 pegawai dan anggota bagi menjamin keselamatan pengundi, dan terus membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam melancarkan proses pengundian serta mengawal keselamatan petugas dan bahan pilihan raya.

Beliau menjelaskan fasa kelima pula memfokuskan kepada peralihan dan pembentukan kerajaan negeri agar berjalan aman tanpa sebarang insiden.

-FN

 

Tinggalkan komen anda