Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

TVET Terus Jadi Pilihan, PSP Catat 1,457 Pelajar Baharu

By 4 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Viji Kiruthika Sondararaj

SEBERANG PERAI, 22 Jun (MalaysiaAktif) – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terus menjadi pilihan utama generasi muda apabila Politeknik Seberang Perai (PSP) merekodkan seramai 1,457 pelajar baharu yang melapor diri bagi Sesi I 2026/2027, antara jumlah pendaftaran tertinggi dalam sejarah institusi itu.

Majlis Perasmian Minggu Transformasi Siswa (MTS) telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPPI), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Dr. Shahiza Ahmad, semalam.

Beliau turut percaya PSP akan terus melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik dan kemahiran teknikal, malah memiliki jati diri yang kukuh serta berupaya menjadi pemimpin masa depan.

“Saya yakin dan percaya bahawa daripada kampus ini akan lahir generasi yang berilmu, berkemahiran, berintegriti dan berjiwa besar, generasi yang bukan sekadar mencari pekerjaan tetapi mencipta peluang pekerjaan dan generasi yang bukan sekadar mengikuti perubahan, tetapi memimpin perubahan,” katanya.

Pendaftaran kali ini turut menampilkan kisah inspirasi Nur Juliyani Rustam, xx, dari Kota Belud, Sabah yang hadir bersendirian ke Pulau Pinang untuk melanjutkan pengajian dalam Diploma Kewangan Islam.

Siti Juliyani Rustam (dua dari kiri) pelajar baharu dari Kota Belud, Sabah.

Prihatin terhadap kebajikannya yang terpaksa bermalam di lapangan terbang sebelum hari pendaftaran, PSP mengatur pengangkutan khas bagi membawa anak petani jagung dan suri rumah itu terus ke kolej kediaman, sekali gus mencerminkan komitmen institusi terhadap kesejahteraan pelajar.

Dalam perkembangan sama, PSP turut mencatat satu lagi detik bermakna apabila menerima pendaftaran seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), Ashraff Eidris Amir Hamidi, xx, dari Putrajaya, yang mengikuti program Diploma Teknologi Maklumat (DIT).

Kehadiran beliau membuktikan bahawa peluang pendidikan TVET di PSP terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang mahupun keupayaan fizikal, selaras dengan aspirasi pendidikan inklusif negara.

Sementara itu, Pengarah PSP Mohd Ruzi Hamzah, berkata peningkatan jumlah kemasukan pelajar menunjukkan bahawa pendidikan berasaskan kemahiran semakin mendapat tempat dalam kalangan Generasi Z yang melihat TVET sebagai platform terbaik untuk membina masa depan kerjaya yang mampan.

Menurut beliau, kepercayaan berterusan masyarakat terhadap PSP menjadi pemangkin kepada institusi itu untuk terus memperkasakan peranannya dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, kompeten dan bersedia memenuhi keperluan industri serta pembangunan negara.

-RI

Tinggalkan komen anda