Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Sistem POS, eCOSS Perkukuh Pengagihan Minyak Masak Bersubsidi Di Johor

By 2 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syamilah Yusman (Johor)/Facebook Fuziah Salleh

JOHOR BAHRU, 1 Jul (MalaysiaAktif) – Pelaksanaan mekanisme Point of Sale (POS) bersama sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) berjaya menjadikan rantaian pengagihan minyak masak peket bersubsidi lebih teratur dan telus.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata menerusi mekanisme itu, bekalan disalurkan terus ke premis jualan tanpa melalui pemborong, sekali gus mengurangkan ketirisan serta memastikan subsidi disampaikan kepada golongan yang layak.

“Kejayaan ini mendorong Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk meneliti peluasan model Johor ke negeri-negeri lain supaya lebih ramai rakyat dapat menikmati sistem pengagihan subsidi yang lebih cekap, telus dan berintegriti,” katanya menerusi laman Facebooknya, semalam.

Beliau berkata, usaha itu selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan setiap dasar yang dilaksanakan bukan sekadar memenuhi prosedur, sebaliknya memberi impak secara langsung kepada kehidupan rakyat.

“Bagi saya, tiada yang lebih menggembirakan apabila tiada lagi aduan berkaitan gangguan bekalan minyak masak peket bersubsidi direkodkan di Johor,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda