Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Jumpa Terus Mudahkan Penduduk Yang Mahu Vaksin

By 15 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abidin A. Ghani (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Pemberian Vaksin COVID-19 secara jumpa terus mudahkan penduduk di sekitar daerah sini untuk mendapatkan vaksin.

Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu Dr. Nurul Shahida Jusoh, berkata apabila makluman mengenai suntikan vaksin diberikan secara jumpa terus di PPV ini, lebih ramai penduduk sekitar tampil untuk mendapatkan suntikan vaksin.

“Semakin ramai warga Hulu Terengganu yang hadir untuk menerima suntikan vaksin setelah mengetahui mereka boleh hadir terus ke PPV MDHT tanpa menunggu makluman janji temu yang ditetapkan melalui aplikasi MySejahtera.

Pegawai Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin, Majlis Daerah Hulu Terengganu Dr. Nurul Shahida Jusoh berkata semakin ramai yang datang untuk mendapatkan suntikan vaksin selepas dibuka untuk walk in kepada penduduk.

Dr. Nurul Shahida berkata semakin ramai yang datang untuk mendapatkan suntikan vaksin selepas dibuka untuk jumpa terus kepada penduduk.

“Kaedah pemberian vaksin secara jumpa terus yang diperkenalkan oleh kerajaan ini mempercepatkan lagi proses pemberian vaksin kepada penduduk terutama kepada mereka yang telah lama menunggu untuk divaksin,” katanya ketika ditemui di PPV tersebut, di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, pemberian vaksin secara jumpa terus ini juga bergantung kepada bekalan vaksin yang diterima oleh mereka.

Bagi Pekerja Ladang Sawit, Mohd Faizul Abdul Aziz, 31, dia hadir terus ke PPV selepas menerima makluman yang PPV MDHT mula menerima mereka yang mahu divaksin secara jumpa terus.

“Saya telah mendaftar untuk divaksin beberapa bulan lalu dan menunggu masa yang agak lama untuk diberikan tarikh untuk divaksinkan.

Mohd Faizul Abdul Aziz, 31, pekerja ladang salah seorang yang hadir selepas mendapat makluman mengenai walk in di PPV MDHT.

Mohd Faizul hadir selepas mendapat makluman mengenai jumpa terus di PPV MDHT.

“Apabila rakan memberitahu di PPV ini boleh jumpa terus saya terus datang untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda