Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

[KEMAS KINI] Komuniti@PMR Pergiat Komunikasi Bersemuka Melalui Media Sosial

By 8 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Wahida Mohd Noor/Zaidi Muslimin (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 8 Okt (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan (JaPen) Pulau Pinang melalui pejabat daerahnya komitedĀ memperkenalkan Pusat Maklumat Rakyat (PMR) kepada komuniti dan pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) untuk perkongsian maklumat melalui media sosial.

Wakil Pegawai Penerangan Daerah Mohd Zahari Zakaria, berkata seramai 80 orang peserta belia dan beliawanis daripada IKTBN Bukit Mertajam telah menyertai Program Komuniti@PMR anjuran bersama institut tersebut cawangan Bukit Mertajam dan Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah.

ā€œProgram ini telah berlangsung dengan jayanya menggunakan aplikasi ā€˜Google Meet’ selama dua jam.

Dr.Haniff Hassan (hadapan, empat kiri) bersama Timbalan Pengarah IKTBN Syakir (hadapan, tiga kiri) dalam sesi bergambar selepas majlis pertukaran cenderahati.

Dr. Haniff (hadapan, tiga dari kiri) bersama-sama Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKTBN Mohamad Syakir Saffarudin (hadapan, dua dari kiri) dalam sesi bergambar selepas majlis pertukaran cenderahati.

Menurut Mohd Zahari, PMR merupakan produkĀ JaPen dalam memasarkan maklumat secara berpusat yang boleh diakses oleh pengguna di Pejabat Penerangan Daerah seluruh negara.

“Penggunaan komputer dan internet yang disediakan adalah secara percuma yang diberikan kepada orang ramai dan merupakan hub maklumat setempat yang boleh diperolehi sama ada maklumat dari daerah, jabatan, agensi-agensi kerajaan, bahan penerbitan dan poster-poster.

ā€œMemandangkan situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara sekarang, pendekatan program pada kali ini adalah secara maya di media sosial sebagai satu alternatif berkomunikasi secara bersemuka yang menjadi amalan oleh JaPen dalam menyampaikan maklumat,ā€ katanya.

Terdahulu, Pengarah Penerangan Negeri Dr. Haniff Hassan, berkata sokongan penuh kepada program ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar IKTBN untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada Jabatan Penerangan.

“Ceramah mengenai Media Sosial yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Pulau Pinang Hanisah Hashim, dalam program ini telah memberikan satu gambaran yang betul dan tepat kepada pelajar tentang undang-undang dan etika penggunaan media sosial,” katanya.

Tinggalkan komen anda