Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PM Ingatkan Keluarga Malaysia Terus Amalkan Norma Baharu, Patuh SOP

By 11 Oktober 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan semua rakyat Keluarga Malaysia supaya terus mengamalkan norma baharu dalam setiap langkah dan perjalanan mereka.

Menerusi catatan di laman Facebook rasminya malam tadi, beliau berkata ini kerana pandemik COVID-19 masih berada di sekitar kita.

“Ramai yang nak balik kampung berjumpa ibu bapa dan keluarga. Di radio tempatan juga ada yang mendendangkan lagu ‘Balik Kampung’ tanda kegembiraan warga Keluarga Malaysia untuk pulang ke kampung halaman.

“Bagi mereka yang lengkap dua dos vaksin, dibenarkan merentas negeri namun sentiasalah menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat kita,” katanya.

Perdana Menteri dalam sidang media khas semalam berkata kerajaan bersetuju membenarkan individu yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19 melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis bermula hari ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat berikutan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda