Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

Fun Ride Berbasikal dan Ziarah Kasih Keluarga Malaysia

By 1 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Kartini Bt Abdul Aziz/Mohd Faizzad Bin Kamal (Batang Padang)

TAPAH, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Bersempena sambutan Hari Deepavali yang bakal disambut penganut beragama Hindu, Pusat Maklumat Rakyat Daerah Batang Padang menganjurkan Fun Ride Berbasikal dan Ziarah Kasih sempena Program Sepakat@Komuniti Keluarga Malaysia Daerah Batang Padang.

Pegawai Penerangan Daerah Batang Padang, Juhannis Haji Idris menekankan betapa pentingnya semangat kekeluargaan dan kejiranan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan, seiring seruan Perdana Menteri Malaysia bersempena Pelancaran Keluarga Malaysia pada 23 Oktober 2021 yang lepas.

Ziarah Kasih- Memberi sumbangan untuk berkongsi kemeriahan sambutan Hari Deepavali bagi golongan kurang upaya.

Ziarah Kasih- Memberi sumbangan kepada golongan kurang upaya bagi berkongsi kemeriahan sambutan Hari Deepavali.

“Pihak kerajaan berusaha sebaik mungkin untuk terus membantu rakyat dan memacu ekonomi negara ke arah pembangunan yang lebih mampan dan pembentangan bajet 2022 yang diumumkan baru-baru ini, memperlihatkan usaha keras kerajaan agar tiada golongan yang tercicir dalam memperoleh manfaat dari bajet yang dirangka,” ujarnya ketika menyempurnakan pelepasan konvoi  Fun Ride Berbasikal di Arena Pejabat Penerangan Daerah Batang Padang, di sini hari ini.

Turut bersama-sama menjayakan program ini ialah Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batang Padang serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Batang Padang.

~RJ~

Tinggalkan komen anda