Skip to main content
Berita TempatanSabah

Pekan Beluran Perlu Perhatian Serius PBT

By 16 Januari 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh Peter Kanua (Sabah)

BELURAN, 16 Jan (Malaysiaktif) –? Penduduk di sini mahukan supaya inisiatif pembangunan yang dilaksanakan disusuli kerja-kerja penyelenggaraan bagi memastikan ia memberikan kesan positif yang sepatutnya.

Mereka berpendapat jika projek, termasuk bangunan diabaikan ia boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, seperti penjenayah, penagih dadah, berlaku gejala sosial atau pun digunakan sebagai tempat pembuangan sampah.

 

Beluran3

 

Sehubungan itu, mereka merasa tidak selesa dengan kurangnya tindakan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daerah Beluran dalam melakukan penyelenggaraan terhadap aset dan kemudahan awam di daerah ini.

Sebagai contoh, mereka berkata bangunan pentas berbumbung yang dibina di kawasan Dataran Majlis Daerah cantik bila dipandang dari jauh tapi jijik dan menyakitkan mata apabila menghampirinya kerana keadaan struktur binaan yang reput dan usang boleh membahayakan orang ramai.

 

Beluran4

 

Seorang peniaga, Mohd Zakaria Ali, 55, berkata, kemudahan yang tidak diselenggarakan dengan baik dan terbiar memburukkan imej Beluran. Beliau berharap agar pihak Majlis Daerah dapat mengambil tindakan segera mengindahkan kawasan persekitaran bagi menarik lebih ramai pengunjung.

Beliau turut menunjukkan kepada wartawan Malaysiaaktif sebuah bangunan yang dahulu pernah disewa oleh UMNO Bahagian Beluran sebagai Pejabat Perhubungan yang kini terbiar dan menyakitkan mata apabila sepohon pokok tumbuh dalam bangunan.

 

Tinggalkan komen anda