Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Lokasi KR1M Ke-173 Di Kelibang, Langkawi

By 16 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI,16 Jan (Malaysiaktif) — Langkawi akhirnya mendapat sebuah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang juga merupakan kedai yang ke-173 dibuka di seluruh negara.

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Kedah Mohd Fitri Hassan, buat permulaan kedai yang dibuka di Kelibang ini menjual kira-kira 300 jenis barangan dan jumlah akan ditambah di masa akan datang.

 

20160115030418 (2)

KR1M di Kelibang ini yang ke-173 dibuka di serata negara.

 

Dalam ucapan perasmiannya, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuah, Nor Saidi Nayan berkata kedai ini memang dinantikan oleh penduduk Langkawi kerana ia memberikan pilihan untuk pengguna bagi mendapatkan barangan keperluan harian pada kadar yang lebih murah.

Beliau berharap di masa akan datang KR1M juga dibuka untuk dimanfaatkan oleh penduduk kawasan Chenang dan Padang Mat Sirat.

KR1M Langkawi dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam.

KR1M merupakan inisiatif kerajaan bagi mengawal harga barang keperluan, selain mengurangkan monopoli ke atas produk-produk yang sejak sekian lama didominasi oleh pengeluar multinasional.

 

Tinggalkan komen anda