Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Pelajar Cemerlang Dirai Melalui Pandu Lalu dan Diikuti Secara Maya

By 24 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Saberiya Patiroi (Sabah)/SRIAHBS

KOTA KINABALU, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz Bandar Sierra mengadakan Majlis Apresiasi Murid (MAM) 2021 secara pandu lalu di perkarangan sekolah melibatkan pelajar tahun satu hingga enam di sini, pada Rabu.

Guru Besar, Salman Mohamad Amin berkata, seramai 88 orang penerima pelajar cemerlang dirai sebagai tanda penghargaan kepada pelajar yang mencatat prestasi membanggakan. Walaupun disambut secara sederhana, namun kemeriahan tetap dirasai.

“Kecemerlangan pelajar bukan sekadar dinilai berdasarkan pencapaian akademik, sebaliknya mengambil kira pembabitan aktif dalam aktiviti kokurikulum dan aspek sahsiah serta kerohanian,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda