Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut Kemalangan

By 28 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohd Zihan Zari (Kuala Muda)

GURUN, 28 JAN (Malaysiaaktif) – Seorang kontraktor perumahan maut setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya dipercayai bergesel dengan pembahagi jalan lalu terbabas sendiri dan jatuh di atas jalan, lebuhraya utara selatan arah utara 84.4km, pagi semalam.

Dalam kejadian pada jam 9.30 pagi itu, Ayusraimi Ahmad, 42, meninggal dunia di tempat kejadian yang memakai topi keledar dan mengalami kecederaan di bahagian leher.

Mangsa beralamat di No. 3 Persiaran Seksyen 5/12, Bandar Putra Bertam 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Menurut Pegawai Penyiasat IPD Kuala Muda, Inspektor Rosmaliza Mohd Amali, siasatan masih diteruskan di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Tinggalkan komen anda