Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

JaPen Perak Santuni Mangsa Banjir di Daerah Kemaman

By 9 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 9 Mac (MalaysiaAktif) – Jabatan Penerangan Negeri Perak bersama Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan (KSKK) telah mengadakan Misi Bantuan Banjir Tahun 2022, di Daerah Kemaman, baru-baru ini.

Bantuan misi banjir berupa barangan keperluan antaranya, beras, air mineral dan pakaian terpakai telah diagihkan kepada penduduk yang terkesan dengan banjir di Balai Raya Kampung Pengkalan Pandan, Kemaman.

Turut hadir Penolong Pengarah Perkhidmatan Komunikasi Dan Pembangunan Masyarakat (PKPM) Jabatan Penerangan Negeri Perak, Hasan Ashaari Abu Bakar dan Penolong Pengarah PKPM Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Saharrudin Mohamed, Pengerusi Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK), Mohd Sharidin Abd Aziz dan Pegawai Penerangan Daerah Kemaman, Mohd Fadli Muhd Yusof.

-ZS-

Tinggalkan komen anda