
Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)
MELAKA, 29 Jan (Malaysiaaktif) – Pada pukul 6 petang tadi Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa buah tempat termasuk daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah.
Hujan lebat di ikuti ribut mengakibatkan 17 buah rumah musnah di Padang Kerbau dan Taman Merak. Sebuah pusat pemindahan telah dibuka pada jam 8 malam tadi di Balai Raya Bukit Tambun, Durian Tunggal.
Menurut Sekretariat JPBD Alor Gajah, Lt.M (PA) Mohammad Fairul Asikin Bin Kadir, seramai 41 orang daripada 8 buah keluarga yang berdaftar di tempatkan di balai raya tersebut. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat juga turut serta membantu menyediakan makanan pada mangsa.
Beberapa agensi penyelamat yang lain seperti pihak polis, Rela dan Bomba turut serta membantu di pusat tersebut. Dimaklumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron akan datang melawat selepqs merasmikan Machap Walk malam ini.
Dalam kejadian ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.