Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Tangkak Fokus Untuk Jadi Bandar Bersih

By 29 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Zuriatina Tamat (Tangkak)

TANGKAK, 28 Jan (Malaysiaaktif) – Majlis Daerah Tangkak tetap fokus untuk menjadikan Tangkak bandar kedua dalam Negeri Johor mendapat status Bandar Bersih selepas Bandar Maharani, Muar di bawah program SWCorp.

Yang Dipertua Majlis Daerah Tangkak (MDT), Mohd Masni Wakiman berkata, pihaknya bekerjasama dengan SWCorp sejak September 2012 lagi dan telah menandatangani perjanjian dengan syarikat tersebut pada 30 Jun 2013.

Katanye, tanggapan masyarakat bahawa kebersihan bandar tanggungjawab pihak berkuasa tempatan kurang tepat. Ini kerana kebersihan adalah tanggungjawab semua. Sehubungan itu, sistem pengasingan sisa di punca juga telah mula di laksanakan pada September 2015 di bawah SWM di daerah ini.

Menurut statistik MDT pada 2015, daripada 72 peratus aduan yang dapat diselesaikan 50 pertus adalah aduan berkaitan kebersihan.

Berdasarkan data daripada pihak SWCorp, secara keseluruhan kerajaan membelanjakan sebanyak 1.4bilion pada tahun lepas untuk pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Manakala kadar kitar semula barangan di Malaysia hanya mencatatkan 10.5% berbanding negara maju yang telah mencecah kadar 40%.

Tinggalkan komen anda