
Laporan/foto: Janifer Stanis (Sabah)
KOTA KINABALU, 18 Mac (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Ranau (JaPen) mengambil inisiatif mengadakan Program Info On Zoom dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai Dos Penggalak Vaksin COVID-19.
Pegawai Daerah, Jumain Abdul Ghani berkata, program itu diharapkan dapat memberi penjelasan kepada masyarakat dalam sesi soal jawab bersama pakar dalam bidang tersebut seterusnya memberi keyakinan kepada masyarakat untuk mendapatkan suntikan dos penggalak serta vaksin kepada kanak-kanak.
Seramai 67 peserta terdiri daripada masyarakat setempat menyertai program tersebut yang turut mendapat kerjasama daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana Ranau (PKOB) dan Pejabat Kesihatan Daerah Ranau.
Setakat 15 Mac lepas, pencapaian vaksinasi dos penggalak daerah Ranau ialah 18.2 peratus manakala vaksin kanak-kanak sebanyak 20.52 peratus.
-ZS-