Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Lima MoU Pacu Pembangunan Labuan

By 15 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 15 April (Malaysiaaktif) – Majlis Menandatangani lima Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung semalam mampu memacu pembangunan pulau bebas cukai itu.

Menurut kenyataan Perbadanan Labuan, MoU itu antara lain melaksanakan beberapa inisiatif di Labuan iaitu inisiatif pelancongan pendidikan, pembangunan ekonomi, jaminan bekalan makanan dan inisiatif ‘Blockchain Data Centre’.

“Disamping itu, inisiatif pembangunan pelaburan sektor kewangan untuk menarik pelabur tempatan dan asing ke wilayah ini.

“Antara yang terlibat adalah Perbadanan Labuan dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS), IFC Capital Berhad, Tan Lan Holdings (M) Sdn. Bhd dan GIA Technology Limited.

“Selain itu, MOU antara UW Group Incorporated dengan European Credit Investment Bank Ltd,” menurut kenyataan itu.

Majlis itu disaksikan sendiri Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim.

Hadir sama, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias dan Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Seri Amir Hussien.

-ZS-

Tinggalkan komen anda