Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kenali Modus Operandi ‘Online Scammer’

By 17 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Yusoff Irman/M.Yamuna (Pahang)

TEMERLOH, 17 Mei (Malaysiaaktif) – Orang ramai dinasihatkan untuk mengenali modus operandi Online Scammer bagi mengelakkan daripada terpedaya.

“Setakat ini, Balai Polis Kuala Krau menerima tiga laporan berkaitan ‘Online Scammer’ dan ini membimbangkan kerana kawasan ini tidak melibatkan kawasan elit dan tahap kesedaran di kalangan penduduk masih rendah,” ujar ASP Marinas Seriani daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh sewaktu menyampaikan taklimat beliau di Program Taklimat Isu Semasa, di sini baru-baru ini.

Beliau turut memberikan contoh-contoh kes kepada hadirin bagi mengenal pasti modus operandi yang sering digunakan oleh ‘Online Scammer’ bagi memperdayakan mangsa.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda