
Laporan/foto: Khairul Othman/Parimala Devi (Jelebu)
JELEBU, 21 MEI (Malaysiaaktif) – Bantuan kepada Keluarga Malaysia Daerah Jelebu yang terkesan akibat banjir pada Disember lalu diteruskan dengan membaikpulih semula bahagian struktur rumah mangsa yang rosak.
Setiap 686 buah Keluarga Malaysia menerima bantuan berjumlah RM5000 di Kompleks Khidmat Masyarakat Jelebu, di sini semalam.
Dalam ucapan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Ahli Parlimen Jelebu, Jalaluddin Alias beliau berkata Bantuan tersebut merupakan satu titipan kasih daripada pihak kerajaan persekutuan dalam merealisasikan dasar keperihatinan kepada seluruh Keluarga Malaysia di Jelebu.
Salah seorang penerima bantuan Norsiah Abu ketika ditemubual bersyukur dengan bantuan ini dapat meringankan beban keluarga kami.
Pada majlis yang sama Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Jelebu juga menyampaikan sumbangan Bantuan Pengurusan Kuil dan Tokong di bawah Parlimen Jelebu yang berjumlah RM98,000.
-ZS-