Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Ambuyat Makanan Tradisi Kaum Brunei, Bisaya

By 25 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Christoporus Jeheskiel/Fezieana Anak Rajasmi (Sabah)

BEAUFORT, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Ambuyat merupakan makanan tradisi kaum Brunei dan Bisaya, namun tidak asing bagi masyarakat Borneo secara amnya.

Dayang Surinah Ibrahim, 52, dari Kampung Lumadan pada kali ini berkongsi mengenai ambuyat ketika ditemui media di kediamannya, baru-baru ini.

“Ambuyat diperbuat daripada tepung sagu dari batang pokok Rumbia setelah melalui beberapa proses.

“Bagi menghasilkan ambuyat, tepung sagu tersebut perlu dikacau bersama air panas sehingga menjadi kenyal.

“Ambuyat berwarna jernih dan berasa tawar. Tetapi masyarakat setempat lazimnya memakan ambuyat menggunakan kayu penyepit yang dikenali sebagai ‘candas’ dan dimakan bersama kuah, ikan serta ulam,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda