
Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)
LANGKAWI, 2 Jun (Malaysiaaktif) ā Rakyat Langkawi perlu terus menyokong usaha melonjakkan nama pulau ini sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang lestari dan ternama di mata dunia.
Yang Teramat Mulia Datoā Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Al Marhum Sultan Abdul Halim Muāadzam Shah, Tunku Temenggong Kedah merangkap Penaung DiRaja Langkawi UNESCO Global Geopark bertitah demikian ketika merasmikan Karnival Langkawi Geopark 2022 bertempat di Auditorium Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), di sini semalam.
āKarnival ini sangat penting dalam memberikan pendedahan dan kesedaran kepada rakyat Langkawi tentang peranan semua pihak untuk terus menyokong LADA dalam usaha mengekalkan pengiktirafan LUGGp sebagai salah satu Geopark yang diiktiraf oleh UNESCO.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LADA Nasaruddin Abdul Muttalib, pengiktirafan LUGGp adalah yang pertama di Malaysia dan juga di Asia Pasifik.
āTujuan meraikan 15 tahun LUGGp ini adalah untuk menghargai pengiktirafan dunia kepada Langkawi dan untuk bersama-sama kita memelihara kelestarian alam sekitar di Langkawi,ā katanya.
-ZS-