Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kejohanan Merentas Desa Raikan Pelajar Pendidikan Khas

By 3 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hafizul Adzhari (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 3 Jun (Malaysiaaktif) – Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPN Melaka) menganjurkan Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Balai Raya Kampung Gadek, di sini semalam.

Dianggarkan seramai 150 peserta terdiri dari sekolah menengah dan sekolah rendah mengambil bahagian dalam beberapa kategori termasuk kategori sindrom Down.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas JPN Melaka, Md Aziz kejohanan ini julung kali diadakan di peringkat negeri dan juga akan diadakan pada peringkat kebangsaan.

“Kejohanan ini akan di teruskan di peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Terengganu pada bulan hadapan dan kita juga akan menghantar peserta seramai 25 orang ke kejohanan tersebut.

“Kita berharap peserta-peserta tersebut akan membawa pulang kejayaan ke negeri melaka,” ujar Aziz.

Turut hadir Penolong Pengarah Unit Sukan, Kesenian dan Kokurikulum Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan, Hairil Faiz Ahmad dan Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas Rosli Aliman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda