
Laporan/foto: Noorsiah Mahmud (Sabah)
KOTA KINABALU, 5 Jun (Malaysiaaktif) – Siapa sangka kulit jagung yang biasanya dibuang begitu sahaja boleh menjadi bunga hiasan melalui kraf tangan.
Pengasas Upcycled Shack, Tressie Yap berkata hasil kraf tangan itu merupakan salah satu usahanya dalam menjaga alam semulajadi.
“Lepas makan jagung, biasa kulitnya orang buang atau bakar. Jadi saya berfikir, daripada dibakar lebih baik dijadikan sesuatu yang berguna.
“Jadi saya menggunakan kemahiran menggubah yang ada dan berkongsi kemahiran bersama 20 lagi suri rumah di Kota Marudu dalam usaha bukan sahaja menjaga alam sekitar, malah membantu menjana pendapatan,” ujarnya.
Tressie ditemui media dalam Kembara Riuh Bah di Sabah International Convention Center (SICC) di sini, pada Sabtu.
-ZS-