
Laporan/foto: Taufiq Firdaus Md.Nor/Wan Arif Fadhila Wan Yusof (Besut)
BESUT, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Perasmian pembukaan Taman Rekreasi Agro Darau, di sini semalam bakal menyumbang kepada potensi Besut sebagai salah satu kawasan eko-pelancongan di negeri Terengganu.
Menurut Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, kawasan Taman Rekreasi Agro Darau seluas 10.37 ekar ini akan menjadi taman rekreasi alternatif yang menyumbang kepada potensi setempat sebagai kawasan rekreasi.
“Sekaligus mampu mempertingkatkan kualiti persekitaran dan penjanaan hasil kepada masyarakat setempat dengan pelbagai kemudahan yang disediakan untuk kegunaan pengunjung ke sini,” katanya.
Taman ini mula dibina pada 26 Oktober 2017 dan siap sepenuhnya pada 23 November 2021 dengan peruntukan sebanyak RM15,499,846.87 juta.
-ZS-