Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Veteran PVATM Tercedera Semasa Berjuang Diraikan

By 10 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

PAYA RUMPUT, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Pejuang-pejuang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tercedera semasa mempertahankan tanahair diraikan di Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Sambutan Ulang Tahun ke-100 Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Peringkat Negeri Melaka, di sini baru-baru ini.

Menurut Yang Dipertua PVATM Melaka Mohamad Fazil Shafie, sambutan kali ini merupakan gambaran pengorbanan yang dilalui oleh veteran ATM yang tidak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit.

“Terima kasih kerajaan Negeri Melaka yang sentiasa menyalurkan bantuan, menjaga kebajikan dan menghargai perjuangan kami mempertahankan keamanan dan keselamatan negara,” tambah beliau.

Yang Dipertua Negeri Melaka, Mohd Ali Mohd Rustam turut hadir menyampaikan sumbangan kepada 17 veteran ATM sebagai mengenang jasa mereka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda