Laporan/foto: Siti Hajar Kamis/Muhammad Luqmanul Hakim Azmi (Seremban)
SEREMBAN, 12 Jun (Malaysiaaktif) – Telah berlangsung Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan yang telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi.
Terdapat pelbagai agensi yang juga merupakan rakan strategik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan yang telah bersama-sama turut serta dalam menjayakan program pada hari ini.
Norasiken Ahmad, Penolong Pengarah (AADK) Negeri Sembilan dalam ucapnnya merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan strategik yang telah mengambil bahagian dalam pameran dan aktiviti pada hari ini.
“Terima kasih diucapkan kepada rakan strategik kami atas komitmen yang telah diberikan. Pameran dan aktiviti pada hari ini merupakan aktiviti sihat di mana sedikit sebanyak dapat membantu Negeri Sembilan mencapai tahap sasaran dadah terkawal menjelang tahun 2025,” katanya
Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pameran jabatan kerajaan,pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan fitness dance, kuiz kenegaraan serta pameran pemotoran.
-ZS-