Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Tahap Kesedaran Isu Kepenggunaan di Setiu Masih Rendah

By 16 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Shaikh Fikri Shaikh Ismail (Setiu)

SETIU, 16 Jun (Malaysiaaktif) – Tahap kesedaran masyarakat di daerah Setiu tentang ilmu kepenggunaan masih rendah berbanding daerah lain di negeri ini kata Ketua Seksyen Pendayaupayaan Pengguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Terengganu Alifah Noor Abidin.

“Sebagai pengguna, kita harus mengetahui hak kita sebagai pembeli melalui ilmu kepenggunaan serta mengetahui platform untuk mengajukan aduan sekiranya ditipu oleh penjual barangan.

Beliau berkata demikian ketika memberikan taklimat advokasi kepenggunaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) sekitar daerah Setiu pada Program Taklimat Isu Semasa anjuran Pejabat Penerangan Daerah Setiu bersama KPDNHEP Negeri Terengganu di Perpustakaan Daerah Setiu, di sini semalam.

Justeru, program taklimat isu ini merupakan platform terbaik bagi pihak KPDNHEP turun padang untuk meningkatkan kesedaran mengenai ilmu kepenggunaan di peringkat akar umbi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda