Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Perangi Aedes Tanggungjawab Bersama

By 26 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Priscilla Chong/Jusman Hedoh (Kunak)

KUNAK, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Sebagai usaha mencegah pembiakan nyamuk aedes, gotong-royong wajar dilakukan kerana ia merupakan tanggungjawab bersama.

Pegawai Daerah Kunak, Awang Yussof berkata program seumpama ini dapat menyampaikan mesej bahawa kebersihan persekitaran berkait rapat dengan kesihatan diri dan masyarakat.

“Sekiranya kita mengabaikan kebersihan, sudah pasti ia akan mengundang pelbagai wabak penyakit seperti demam denggi yang tidak mengenal mangsanya,” ujarnya ketika ditemui media di sini, pada Sabtu.

Program gotong-royong mega ‘Perangi Aedes’ diadakan serentak di peringkat daerah Kunak dengan kolaborasi Pejabat Kesihatan, Pejabat Daerah, Majlis Daerah dan agensi-agensi lain.

Selain itu sebanyak enam kampung terlibat dalam konvoi lawatan pemantauan program gotong-royong mega ‘Perangi Aedes’ peringkat daerah Kunak yang diketuai Pejabat Kesihatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda