
Laporan/foto: Siti Noorezrin/Muhammad Naim (Jempol)
JEMPOL, 28 Jun (Malaysiaaktif) – Hari Alam Sekitar Sedunia adalah merupakan acara tahunan yang disambut pada setiap 5 Jun oleh setiap masyarakat di 143 Negara seluruh dunia.
Menurut Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan Azuri Azizah Saedon semua pihak harus bersyukur dengan anugerah yang Tuhan berikan dan berharap semua pihak akan menjaga kualiti dan kesejahteraan alam sekitar.
“Pembakaran terbuka merupakan aduan tertinggi yang sering diterima oleh JAS Negeri Sembilan. Justeru dalam program hari ini kami memberikan kesedaran berkaitan Pencegahan dan pemantauan kebakaran tanah gambut dan larangan pembakaran terbuka,” katanya di denai Sungai Serting Ulu petang Ahad.
Menurut beliau lagi pencemaran sungai masih menjadi isu kerana masyarakat menganggap sungai sebagai tempat pembuangan.
Acara ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai terhadap isu alam sekitar serta meningkatkan tindakan dan penglibatan terhadap perubahan alam sekitar.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Serting Dato’ Shamsulkahar Md Deli dan agensi-agensi kerajaan.
-ZS