Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

JAKM Perak: e-Sports Championship Pamit Peminat Sukan Elektronik

By 4 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)

KAMPUNG GAJAH, 4 Julai (Malaysiaaktif) – Sambutan memberangsangkan terhadap sukan elektronik atau e-sports tidak perlu disangkal lagi apabila menerima penyertaan luar biasa dalam masa singkat.

Pengurus program Nur Amirul Afandi berkata e-sports Championship yang diadakan sempena Siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Perak di sini menggamit kunjungan peminat sukan ini terutama golongan belia.

“Hadiah keseluruhan bernilai RM10,000 menjadi tarikan utama hingga berjaya mencapai penyertaan yang memberangsangkan.

“Pengunjung JAKM dialu-alukan untuk singgah ke khemah kami dan mereka yang berminat berpeluang bermain Playstation 4 (PS4) dan PS5 secara bercuma dan merasai sendiri pengalaman bermain e-sports,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

JAKM Perak yang berlangsung selama tiga hari berakhir semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda