Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Umat Islam Perlu Hayati Hari Arafah

By 7 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 7 Jul (Malaysiaaktif) – Hari Arafah atau Hari Wukuf yang disambut pada 9 Zulhijjah setiap tahun perlu dihayati oleh seluruh umat Islam di negara ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Hanafiah Mat Hari Arafah antara perkara yang boleh dilakukan pada hari tersebut ialah solat hajat, memperbanyakkan berdoa serta berzikir dan sebagainya.

“Berpuasa pada Hari Arafah juga akan dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelum dan selepasnya,” ujarnya ketika merasmikan Sambutan Penghayatan Hari Arafah Peringkat Daerah Kemaman Tahun 1443 Hijrah/2022 Masihi di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, di sini pagi tadi

Turut diadakan Forum Hari Arafah yang disampaikan oleh dua orang ahli panel dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Ustaz Abdul Halim Awang@Sulong dan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu (i-MiTS) Ustaz Kamaruzzaman Abdullah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda