
Laporan/foto: Khairul Othman/Parimala Devi (Jelebu)
JELEBU, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Bicara@Muzium yang merupakan program berbentuk ceramah telah diadakan di Muzium Adat, di sini baru-baru ini.
Seorang etnik Orang Asal yang menjadi penceramah di program tersebut, Batin Ayof Ekal menerangkan tentang bentuk sistem adat, agama, kepercayaan serta pantang larang cara Orang Asal ketika bertindak dan berhubung dengan manusia lain.
Ceramahnya yang memberikan penjelasan tentang ‘Sejarah Orang Asal Jelebu’ turut mendapat perhatian beberapa orang pelajar yang hadir.
Menurut Siti Aisyah, 15, pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu beliau berasa teruja kerana dapat mengetahui kisah Orang Asal Jelebu yang tiada dalam silibus mata pelajaran sejarahnya.
Program Bicara@Muzium tersebut telah dirasmikan oleh Pegarah Muzium Negara Zamrul Amri Zakaria.
-ZS-