
Laporan/foto: Mohd Hairie Izwan Awang (Hulu Terengganu)
HULU TERENGGANU, 31 Jul (Malaysiaaktif) – Yayasan Prihatin Nasional bersama Yayasan Petronas, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Hasanah mengadakan siri Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia, bagi lepasan STPM dan SPM.
Siri Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia diadakan bagi membuka peluang kepada lepasan SPM dan STPM untuk mendapatkan maklumat terus dari IPTA dan IPTS yang hadir ke program tersebut, di Dewan Sivik Ajil, di sini baru-baru ini.
Menurut Nurul Firzana Rizaisham, 25, urus setia Yayasan Prihatin Nasional, sebanyak 20 IPTA dan IPTS telah membuka reruai pada jelajah kali ini.
“Selain itu, pihak Yayasan Prihatin Nasional bersama beberapa agensi kerajaan serta NGO juga menyediakan bantuan awal kepada bakal mahasiswa mahasiswi dalam bentuk bantuan kewangan, serta pemeriksaan dan cermin mata secara percuma kepada semua pelajar tanpa mengira peringkat umur,” ujar beliau lagi.
Seramai 244 pelajar menerima bantuan dari Yayasan Prihatin Nasional serta agensi berkaitan.
-ZS-