Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Program Semarak Gemilang 2022

By 1 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Safwanah Zulkopli /Noor Suraya Zainal

BUKIT BENDERA, 31 Jul (Malaysiaaktif) – Sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang tahun 2022, Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang mengambil inisiatif dengan melaksanakan Program Semarak Gemilang 2022 di Bukit Bendera, di sini baru-baru ini.

Program ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi Kempen Kibarkan Jalur Gemilang selain menyemai semangat sayang dan cintakan negara. Sebanyak 200 bendera Malaysia telah dipasang di sekitar kawasan puncak Bukit Bendera.

Menurut Hassan Bakri, 40, semangat cintakan negara sebegini perlu ada pada rakyat Malaysia.

“Saya amat teruja apabila melihat begitu banyak jalur gemilang berkibar dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang Dr. Haniff Hassan hadir menyerahkan sijil penghargaan Jalur Gemilang dan cenderahati kepada Pengurus Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan Korporat Bukit Bendera Shahril Nizam Cheah atas kerjasama menjayakan program.

-ZS-

Tinggalkan komen anda