Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

KMKM Pupuk Semangat Patriotisme Pelajar

By 8 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Syafiq/Husni Mubarak (Padang Terap)

PADANG TERAP, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan Bulan Kemerdekaan di peringkat sekolah dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Haji Mohd Radzi Md Amin ketika berucap merasmikan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Tandop Besar (SKTB) di sini semalam berkata patriotisme ialah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air pada setiap masa.

“Pelajar yang mempunyai semangat patriotisme pasti mempertahankan negara daripada pelbagai ancaman musuh.

“Sambutan Bulan Kemerdekaan seperti ini sangat membantu pelajar menghargai jasa pejuang kemerdekaan yang terkorban untuk membebaskan negara daripada penjajah,” katanya.

SKTB turut menjadi persinggahan pertama pada hari keempat Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) di negeri Kedah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda