
Laporan/foto: Noor Faeizah Ahamad/Syed Ahmad Farhan Syed Mohamad (Kubang Pasu)
KUBANG PASU, 14 Ogos (Malaysiaaktif) – Karnival Jerlun Penerangan Sejahtera berlangsung dengan jayanya bermula 11 hingga 13 Ogos 2022 di Padang Awam Alor Biak, Sungai Korok di sini berjaya mencapai matlamat penganjurannya.
Pegawai Daerah Kubang Pasu Dato Hj Muhamad Arof Darus berkata di sini semalam program sebegini dapat memberi banyak manfaat dan info terkini kepada masyarakat setempat.
Antara pengisian program ialah Jualan Keluarga Malaysia, pertandingan mewarna, pemeriksaan kesihatan, nasihat guaman percuma dan acara sukan.
Tidak ketinggalan, di adakan konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) pada hari terakhir karnival.
Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam Haji Azhar Ibrahim yang
hadir dalam acara pelepasan konvoi KMKM berkata acara konvoi perlu diadakan setiap tahun agar semangat patriotisme tidak luntur terutamanya dalam kalangan anak-anak muda.
Turut mendapat perhatian ialah Forum Wacana Ummah yang menampilkan penceramah jemputan iaitu Dr Hj Abdullah Khairi dan Ustaz Haslin Baharin.
-ZS-