
Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)
YAN, 2 Sep (Malaysiaaktif) – Daerah Yan akan berkembang menjadi sebuah daerah perindustrian apabila projek Pembangunan Berintegrasi Pusat Bekalan Gas dan Loji Janakuasa Pulau Bunting akan dibina di sini tidak lama lagi.
Projek yang dianggarkan bernilai RM14.4 bilion itu akan dibangunkan oleh Kumpulan MMC dengan kerjasama SKS Corporation Sdn. Bhd telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di sini semalam.
Menurut Ismail pembangunan projek itu bakal menjadikan Yan seperti daerah Pengerang di Johor yang dahulunya hanya sebuah perkampungan nelayan tetapi kini menjadi kawasan perindustrian yang membangun dengan begitu pesat dan akan memberi peluang pekerjaan yang luas khasnya kepada golongan muda.
-ZS-