Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Perarakan Jalur Gemilang Gergasi Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2022

By 2 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mad Jusoh

TANAH MERAH, 2 Sep (Malaysiaaktif) – Lebih 800 ahli Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Bukit Kechik dan pelajar tadika di sini berarak bersama Jalur Gemilang gergasi yang dibuat daripada anyaman daun mengkuang sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022.

Ketua KKM Bukit Kechik, Mohd Nor Hassan, 61, berkata sambutan Hari Kebangsaan tahun ini sangat meriah setelah dua tahun tiada sebarang acara akibat pandemik COVID-19.

“Kita berkumpul dan berarak beramai-ramai bersama Jalur Gemilang dari Masjid Anugerah ke Tadika Iman sejauh 500 meter bagi menyatakan rasa cinta kepada negara selain menyokong untuk mencapai Aspirasi Keluarga Malaysia,” katanya semasa ditemui di program Merdeka@Komuniti Peringkat Dewan Undangan Negeri Kemahang, di sini kelmarin.

“Program ini turut mendapat sokongan pelbagai agensi kerajaan dan swasta,” tambah beliau.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan Muhd Nur Aswadi Md. Nor dan pimpinan komuniti setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda