
Laporan/foto: Khairunnisa Abd Rahman (Melaka Tengah)
MELAKA, 21 Sep (Malaysiaaktif) – Penganjuran Seminar Kepimpinan dan Pemerkasaan Adat Melayu Dalam Kalangan Penghulu dan Sidang Melaka 2022 oleh Institut Warisan Melaka (INSWA) dengan kerjasama Persatuan Pengamal-Pengamal Adat Melayu (Sidang) Melaka, telah berlangsung di sini semalam.
Membentangkan sembilan slot berkaitan adat melayu, sejarah, seni budaya, warisan, komunikasi berkesan, etika berpakaian dalam majlis dan falsafah pemakaian busana melayu tradisional.
Menurut Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka, Sa’ari Basiron, pertemuan di antara Penghulu, Sidang dan para ilmuan melalui seminar berkonsep intelektual ini dapat mewujudkan kesatuan pemikiran dan meningkatkan jati diri mereka.
“Saya difahamkan, matlamat seminar ini adalah bagi memberi pendedahan yang lebih meluas berhubung dengan tanggungjawab penghulu dan sidang dalam pembangunan di peringkat kariah, daerah, negeri dan nasional di samping memastikan Sidang dan Penghulu di Melaka memahami peranan dan menghayati fungsi adat dengan lebih jelas,” ujar Sa’ari.
-ZS-