Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kulim Lancar Sistem Parkir Tanpa Tunai KSP

By 29 September 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rizal Abdul Rahman/Mahrani Mohammad

KULIM, 29 Sep (Malaysiaaktif) – Kulim Smart Parking atau singkatannya KSP yang merupakan satu sistem pembayaran parkir tanpa tunai bagi menggantikan sistem pembayaran menggunakan kaedah tiket parker telah sempurna dilancarkan secara rasminya oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) Cik Amal Zubir, di sini semalam.

“Pengguna hanya perlu memuatnaik aplikasi yang disediakan ditelefon pintar masing-masing sahaja dimana ianya lebih mudah, cepat dan mesra pengguna.

“Orang ramai sebelum ini mengetahui tentang KSP setelah pelancaran dilakukan oleh Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor pada Julai lalu,” katanya.

Turut hadir Naib Presiden Eksekutif Heitech Padu Berhad Abdul Halim Md Lassim dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Nur Aishah Md Norodin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda