Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pemimpin Turun Padang Selesai Masalah Rakyat

By 1 Oktober 2022Oktober 3rd, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan

DURIAN TUNGGAL, 1 Okt (Malaysiaaktif) – Rakyat sentiasa didahulukan bagi memastikan segala aduan dan masalah diselesaikan dengan segera.

Untuk tujuan itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal Zahari Khalil dan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya Shahdan Othman turut serta dalam program gotong-royong Taman Kenari Jaya, di sini baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Kenari Jaya, Zaki Dol, 45, program hari ini bukan sahaja membersihkan kawasan taman malah aduan yang disalurkan dilaksanakan dengan cepat dan pantas oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan ADUN kawasan.

“Terima kasih kepada PBT dan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) yang sentiasa membantu penduduk taman dalam menyelesaikan pelbagai isu yang timbul.

“Pihak kami akan sentiasa melestarikan kawasan taman supaya konsep kerjasama Keluarga Malaysia terus disuburkan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda