Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Program Galeri Uniti Semai Semangat Muhibah antara Kaum

By 8 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fakhri Md Nor/Nurlaila Abdul Azid (Ipoh)

IPOH, 8 Okt (Malaysiaaktif) – Program Galeri Uniti Keluarga Malaysia yang dianjurkan selama enam hari bermula 3 Oktober dan berakhir hari ini berlangsung dalam suasana yang cukup meriah di Pusat Membeli-Belah AEON Midtown Falim, di sini semalam.

Menurut Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perak Tuan Haji Mansor Mohd Hashim, pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi menyemai semangat muhibah dan saling menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

“Melalui program ini, kita harap masyarakat peka dan faham akan perbezaan budaya yang bukan sahaja terhad kepada kaum Melayu, Cina dan India malah ia merangkumi semua kaum, bangsa dan etnik di seluruh pelosok tanah air,” tambahnya.

Antara aktiviti menarik yang diadakan termasuk pertandingan susun suai gambar, pameran busana tradisional, permainan rakyat dan demonstrasi masakan pelbagai kaum.

-ZS-

Tinggalkan komen anda