Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

HSN Hulu Langat Disambut Meriah

By 8 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Hafif Zainurdin (Hulu Langat)

HULU LANGAT, 8 Okt (Malaysiaaktif) – Warga Hulu Langat menyambut Hari Sukan Negara (HSN) penuh meriah di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), pagi tadi yang dirasmikan Pegawai Daerah Hulu Langat, Dr Ani Ahmad.

Antara aktiviti sepanjang sambutan ialah Aerobikton, Bocce, Sukaneka Rakyat, Ragbi Mini, memanah serta beberapa sukan lain melibatkan pelbagai lapisan peringkat umur.

Dr Ani Ahmad dalam ucapannya menyatakan bahawa aktiviti sukan penting dalam meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia.

“Sambutan HSN setiap tahun adalah untuk mengingatkan rakyat di negara ini supaya dapat mengekalkan gaya hidup sihat di samping menghindarkan diri daripada aktiviti yang kurang bermanfaat,’ katanya.

Menurutnya, arus modenisasi masa kini ramai orang banyak menghabiskan masa bersama gajet masing-masing sehingga lupa mengamalkan gaya hidup sihat termasuk kekangan tuntutan kerja sehingga belia dan dewasa masa kini tidak mempunyai masa untuk bersukan.

Turut hadir Yang Dipertua MPAJ Mohd Fauzi Mohd Yatim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda